Al-Qur’an penawar penyakit

Assalamualaikum…

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana diwaktu ini kita masih lagi dapat bersama-sama di blog ” Manusia dan Islam “. Tajuk pada kali ini telah banyak kita ketahui dan telah membaca di akhbar dan rencana-rencana di dalam media massa. Tetapi hari ini kita kupas tajuk Al-Quran Penawar Penyakit ini dengan lebih mendalam. Moga kita akan mendapat kefahaman yang mendalam tentang tajuk yang dikupas ini insyaallah.

Firman Allah :-

“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian.” (QS. Al Israa’:82)

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah.” – maksud hadis riwayat Muslim.

Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya telah menggunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

Terdapat banyak hadis Nabi yang menyebutkan akan kelebihan ayat-ayat atau surah-surah tertentu yang kalau dibaca, diamal atau ditiupkan sebagai “Jampi” kepada mereka yang mengidap penyakit tertentu akan dapat menyembuhkannya dengan izin Allah SWT. Islam juga mengajarkan bahawa segala jenis ubat yang diambil untuk satu-satu penyakit hanyalah berfungsi sebagai bahan rawatan yang diklasifikasikan sebagai usaha ke arah meringankan beban derita pesakit, pendek kata bukan sebagai penyembuh. Umat Islam ditanamkan keyakinan bahawa yang menyembuhkan itu hanya Allah SWT semata-mata, manakala yang lain dari aneka jenis dan jenama ubat-ubatan hanyalah usaha merawat untuk meringankan penderitaan yang ditanggung pesakit yang juga tidak akan membawa apa-apa kesan melainkan dengan izin Allah SWT.

Bagi semua pembaca setia Blog ” Manusia dan Islam ” untuk lebih memahami tajuk yang dibincangkan ini dangan lebih mendalam lagi mari kita bersama-sama mendengar kuliah dari Ustad Harun Din yang membicara tantang tajuk yang diutarakan diblog ini. Moga apa yang diceramah dan diterangkan dapat menambahkan lagi kefahaman kita tentang tajuk Al-Quran – penawar penyakit ini insyaallah.

Al-Quran Penawar Penyakit – Ustaz Harun Din

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: