Naikkan Rating Blog di Engine Carian

manusia dan islam

Asssalamualaikum…

Dalam berdakwah kita harus bersatu padu agar segala apa yang kita harapkan dan impikan untuk kesejahteraan Islam dapat ditegakkan dan diterima.

Hari ini saya ingin memberi serba sedikit tips yang dapat kita kongsi bersama dalam mengembangkan blog-blog dakwah kita meluas sehingga keseluruh dunia. Saya akan bincangkan semua tips yang saya tahu di bawah diharap pembaca semua dapat manfaat dari apa yang ditulis. Insyaallah.

Didalam medium penulisan blog seperti blog saya ini ” manusia dan islam ” saya mengimpikan ramai pembaca melawat terus ke blog ” manusia dan Islam ” ini dan berkongsi segala pendapat bersama. Apa yang saya akan bincangkan pada hari ini mungkin ada pembaca yang sudah mahir dengan cara-cara ini. Bagi yang telah mahir diharap kita semua dapat berkongsi segala ilmu ini bersama.

1. Hantar Entri blog atau web anda ke RSS

Rss adalah medium pembacaan mudah dicari dan diindeks oleh engine pencari setiap hari. Apabila kita menulis sesuatu Entri selain dari kita membuat promosi didalam e-mail kita juga mesti menghantar entri kita itu terus ke RSS. Dengan cara ini kita membuat backlinks dengan cepat dan mendapat rating dalam engine pencari.

Disini saya kongsikan RSS software yang percuma untuk anda semua di allscoop. Anda akan diajar cara penggunaan software ini didalam laman tersebut.

2. Ping blog dan Web anda

Selepas anda telah melakukan RSS submission, anda harus Ping blog anda untuk memaklumkan kepada feed agregator bahawa anda telah update entri didalam blog atau web anda. Dengan ini engine pencari akan craw ke blog anda. Semua ini ada diceritakan secara detail di dalam blog cari duit adsense/ping blog. Disini saya kongsikan laman yang dapat membantu anda membuat ping tersebut Pingoat.

3. Hantar entri anda ke social bookmaking

Anda boleh mendapat kebaikkan dari social bookmaking ini kerana blog yang anda bina akan mendapak backlink terus dari laman-laman social bookmaking dan dengan cara ini blog anda akan mendapat tempat di dalam engine pencari dan mendapat trafik percuma dari rakan-rakan social bookmaking anda.

Antara social bookmaking yang popular adalah Tagtooga.com, Del.icio.us, Furl.net, Simpy.com, Digg.com dan banyak lagi. Anda boleh mendaftar secara percuma disemua social bookmaking tersebut. Cara mudah untuk kita menghantar entri kita ke social bookmaking adalah dengan menggunakan button addthis.

Insyaallah dengan segala apa yang telah anda lakukan dengan 3 cara tersebut bblog atau web anda akan mendapat backlinks dan tempat yang terbaik di dalam engine pencari. Segala apa yang saya tuliskan di dalam “ manusia dan islam ” anda boleh kongsikan bersama dengan rakan-rakan anda yang lain. Saya akan mempelajari sesuatu yang baru dan akan berkongsi dengan semua pembaca didalam entri-entri ” manusia dan Islam “.

Semoga segala apa yang tertulis di dalam ” manusia dan islam ” ini memberi manfaat kepada pembaca semua.

Reblog this post [with Zemanta]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: